Galaxy Tab 7 Plus Akan Mula Dijual Pada Awal Bulan Disember Kelak

Galaxy Tab 7 Plus Akan Mula Dijual Pada Awal Bulan Disember Kelak

Diterbitkan pada November 25, 2011 oleh .

Dalam kebanyakkan tablet Android, salah satu yang dinantikan dan diminati ramai pengguna adalah Samsung Galaxy Tab 7 Plus yang mana turut didatangkan dengan sokongan panggilan suara padanya, berbeza dengan tablet yang lain. Dan seperti semua sedia maklum kini stoknya telah pun tiba di Malaysia, dan disasarkan akan dimulakan jualannya pada minggu pertama bulan Disember kelak.

Samsung Galaxy Tab 7 Plus

Buat masa ini, hanya UMobile sahaja telah memulakan pendaftaran minat untuk peranti tersebut, dimana melalui laman mereka sendiri, UMobile menyatakan para pengguna boleh mendapatkan peranti tersebut bermula daripada 5 Disember kelak. Selain daripada Samsung Galaxy 7+, para pengguna juga boleh turut mendapatkan Galaxy W daripada pihak UMobile bersama pakej khas mereka.

Harga jualan peranti ini masih lagi tidak diketahui buat masa ini, dan kami akan keluarkan video ringkas berkenaan dengan pandang pertama pihak Amanz untuk Galaxy Tab 7 Plus ini dalam masa terdekat ini.


TIPS & ULASAN