Cari @ Amanz

Dengan dunia atas-talian yang semakin popular di arena tempatan, kini salah satu syarikat tempatan ingin memudahkan pembangunan kedai atas-talian berasaskan sosial, dimana menggunakan platform Facebook. Tarikh pelancaran perkhidmatan dan laman tersebut iaitu Square.my masih tidak diketahui buat masa ini, namun ia disasarkan untuk pelancaran dalam bentuk beta tertutup pada awal tahun hadapan.

Menurut pembangun laman tersebut, buat masa ini, Square.my masih lagi pada peringkat Alpha, dan perlu menjalani pelbagai ujian dan juga pembangunan lagi. Buat masa ini, ia memfokuskan kepada pembangunan kedai atas-talian di Facebook, iaitu rangkaian sosial paling popular di Malaysia, dengan angka pengguna yang semakin menghampiri 12 juta orang pengguna.

Kami akan cuba mendapatkan maklumat lanjut mengenai Square.my ini, dan sementara itu, bagi mereka yang berminat mendapatkan maklumat lanjut mengenai platform Square.my ini, mungkin boleh mendaftarkan minat pada halaman rasmi mereka hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd