Cari @ Amanz

PayPal Dan CyberSecurity Malaysia Mempromosikan Bulan Disember Sebagai Bulan Untuk Pembelian Atas-Talian

Oleh Aman

Link Copied!

Nampaknya, dengan PayPal yang kini telah pun mempunyai pejabat operasi di Malaysia, mereka kini mula giat mempromosikan pembelian atas-talian yang selamat, sekaligus secara tidak langsung, membuatkan industri perniagaan atas talian di Malaysia terus berkembang. Dalam sebagai salah satu usaha tersebut, kini PayPal telah pun mengumumkan kerjasama bersama-sama dengan pihak CyberSecurity Malaysia.

Melalui kerjasama PayPal dan juga CyberSecurity Malaysia, mereka akan mempromosikan bulan Disember 2011 ini sebagai “Bulan Selamat Untuk Pembelian Atas-Talian”, sekaligus mengalakkan para pengguna internet di Malaysia yang berjumlah lebih daripada 17 juta orang membuat pembelian atas-talian untuk penghujung tahun ini.

Bersama-sama dengan pengumuman ini juga, pihak PayPal telah mengeluarkan beberapa data menarik berkenaan dunia pembelian digital ini, serta beberapa tips untuk pengalaman pembelian yang lebih selamat. Kami akan mengeluarkan data berkenaan ini dalam artikel seterusnya.


Komen ()