(Video) Pandang Pertama Peranti 3D Daripada LG – Optimus 3D

(Video) Pandang Pertama Peranti 3D Daripada LG – Optimus 3D

Diterbitkan pada November 25, 2011 oleh .

Peranti berasaskan 3D kini muncul satu demi satu, dimana di pasaran terdapat beberapa peranti dengan sokongan teknologi 3D. Sebelum ini sendiri, kita telah dapat melihat peranti daripada Sharp yang membawakan sokongan 3D sepenuhnya, dan baru-baru ini, kami telah dapat menguji dan mencuba sendiri peranti 3D daripada LG, dinamakan sebagai LG Optimus 3D.

LG Optimus 3D telah berada di pasaran Malaysia sejak daripada awal September yang lepas, https://amanz.my/wp-content/uploads/2011/09/optimus3d.gif” target=”_blank”>dimana dijual pada harga RM2199. Namun, kini dengan pelbagai peranti baru dikeluarkan, kami tidak dapat pastikan samada adakah harganya telah turun ataupun masih kekal seperti dahulu lagi.

Kami akan mengeluarkan ulasan penuh bertulis untuk LG Optimus 3D ini dalam masa beberapa hari lagi, dan bagi anda yang mempunyai soalan, mungkin boleh kemukakannya melalui kotak komen dibawah, dan kami akan cuba menjawabnya dalam ulasan penuh kelak.


TIPS & ULASAN