Cari @ Amanz

Barangan dan peranti berasaskan teknologi bergerak pantas dari hari ke hari, membuatkan kebanyakkan peranti lama kian pupus, dan dilupakan oleh generasi baru. Dan diantara barangan yang telah dilupakan adalah termasuk kaset rakaman pada radio, kaset rakaman video pada pemain video masa dahulu, dan banyak lagi.

Namun, untuk mengelakkan generasi baru lupa akan teknologi dan barangan sebelum ini, sebuah saluran YouTube diwujudkan, dinamakan sebagai Musem of Obsolete Objects. Melalui saluran tersebut, beberapa objek dan peranti yang telah dilupakan dan semakin pupus diperlihatkan satu demi satu, sekaligus membolehkan generasi baru memahaminya dengan mudah.

Jadi, ada sesiapa dari Malaysia ingin membuat perkara yang sama dalam bahasa Malaysia?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd