YouTube Kini Memperlihatkan Lebih 3.5 Billion Video Setiap Hari

YouTube Kini Memperlihatkan Lebih 3.5 Billion Video Setiap Hari

Diterbitkan pada November 25, 2011 oleh .

YouTube milik Google semestinya merupakan salah satu hartanah internet yang popular, dimana kini popularitinya semakin meningkat naik hari demi hari. Mengikut laporan yang dikeluarkan baru-baru ini, ia diperkatakan yang mana YouTube memperlihatkan lebih 3.5 billion video setiap hari, salah satu angka yang amat besar, sekaligus memperlihatkan potensi besar yang dimilikinya.

Sebelum ini, pada enam bulan yang lepas, YouTube telah mencapai lebih 3 billion tontonan video setiap hari pada bulan Mei, dan dalam tempoh 6 bulan YouTube telah berjaya menambah lebih 500 juta tontonan setiap hari.

Perkara ini mungkin dengan pertambahan akses internet di seluruh dunia, selain kelajuan internet yang semakin hari semakin bertambah baik, membolehkan para pengguna menonton video tanpa sebarang masalah padanya.


TIPS & ULASAN