Cari @ Amanz

Galaxy Tab 7+ ialah model pengganti kepada Galaxy Tab asal (Galaxy Tab 1 – bagi memudahkan proses penamaan) yang memang dinantikan penggemar tablet 7″ buatan Samsung ini. Sebagai penjelasan Tab 7+ tidak sama dengan Tab 7.7″ yang juga diwar-warkan bakal dikeluarkan oleh Samsung. Jadi apakah istimewanya Tab 7+ jika dibandingkan dengan tablet-tablet yang ada dipasaran sekarang?

Seperti yang anda sedia maklum Samsung sedang melakukan pemasaran agresif keatas peranti buatan mereka sejak kebelakangan ini. Baru beberapa minggu yang lalu Galaxy Note mula dijual kepada orang ramai dan bedasarkan entri ulasan kami ramai diantara pembaca Amanz yang teruja dengan peranti 5.3″ ini. Permasalahan utama Galaxy note ialah harga saranan RM2299 yang diakui mungkin terlalu mahal untuk kebanyakkan pengguna. Galaxy Tab 7+ sudahpun terjual dibeberapa lokasi sekitar Kuala Lumpur pada harga sarana RM 1699. Jelas sekali Tab 7+ memberikan nilai wang per saiz peranti yang lebih baik berbanding Note. Mari kita lihat spesifikasi bagi Samsung Galaxy Tab 7+

Dari spesifikasi diatas, Tab 7+ menggunakan pemproses dua teras 1.2 Ghz Exynos yang digunakan pada telefon Samsung Galaxy S II. Jumlah RAM-nya juga sama. Perbezaan utama hanya pada jenis skrin dan kamera yang lebih rendah. Tab 7+ juga dilengkapi dengan keupayaan infra merah. Ini bermakna anda boleh menggunakannya sebagai alat kawalan universal untuk TV , DVD serta dekoder ASTRO rumah anda. Aplikasi PEEL disertakan bagi membolehkan Tab 7+ menjadi alat kawalan jauh.

Seperti Galaxy Tab 1, Tab 7+ boleh digunakan sebagai telefon walaupun ianya menggunakan perisian Andorid Honeycomb 3.2. Inilah perbezaan utamannya berbanding Tab 10.1″ , 8.9″ dan 7.7″ yang kesemunya tidak mempunyai keupayaan telefoni

ULASAN RINGKAS

PRO dan Kelebihan

  1. Satu-satunya tablet Honeycomb keluaran Samsung dengan keupayaan telefoni
  2. Kemasan menarik sama seperti Note dan Galaxy Tablets yang lain
  3. Keupayaan Infra-merah membolehkan ianya menjadi alat kawalan jauh universal.
  4. Harga permulaan RM1699 sangat berpatutan

KONTRA dan Kekurangan

  1. Skrin LPS LCD  yang digunakan tigaa generasi kebelakang jika dibandingkan dengan Super Amoled HD yang ada pada Galaxy Note. Kepadatan pixel hanya 170 PPI jauh lebih rendah dari Super Amoled HD dengan kepadatan pixel 285 PPI.
  2. Ketiadaan Kaca Gorilla. Skrin mungkin kurang tahan lasak berbanding Tab 7 1
  3. Kamera utama hanya 3.2 Megapixel
  4. Tiada keupayaan mengambil video pada resolusi 1080P. Ianya hanya mampu mengambil video beresolusi 720P sahaja

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd