Kini Anda Boleh Melawat Googleplex Melalui StreetView

Kini Anda Boleh Melawat Googleplex Melalui StreetView

Diterbitkan pada November 26, 2011 oleh .

Salah satu produk daripada Google yang amat menarik adalah StreetView, membolehkan para pengguna untuk melihat pemandangan disekitar jalan di beberapa bandar utama seluruh dunia. Dan sebelum ini, Google turut sama mengumumkan yang mana mereka akan merakamkan gambar didalam bangunan untuk perniagaan, dan salah satu daripadanya adalah Googleplex, iaitu pejabat utama Google sendiri.

Kini, para pengguna seluruh dunia, boleh melihat keadaan di ibu pejabat Google terus melalui desktop komputer mereka menggunakan Street View. Mungkin tidak lama lagi, kita akan melihat lebih banyak bangunan yang tersenarai di dalamnya membolehkan kita melihat keunikkan setiap pejabat dengan mudah.

Pada masa yang sama, Google Malaysia sendiri telah memulakan proses untuk StreetView, dimana rakamannya dijangka akan dimulakan tidak lama lagi, dan akan dimulakan dengan kawasan bersejarah di Malaysia terlebih dahulu. Mungkin kita akan dapat melihat StreetView berfungsi sepenuhnya pada tahun hadapan, memperlihatkan kawasan dari Malaysia.


TIPS & ULASAN