Cari @ Amanz

Selain daripada Celcom yang menawarkan peranti Motorola Razr untuk para pengguna tempatan, kini Maxis turut sama mula menawarkannya, sekaligus menambah Razr pada portfolio peranti Android yang ditawarkan oleh mereka. Melalui Maxis, peranti Droid Razr itu boleh didapati pada harga serendah RM999.

Melalui Maxis, mereka menawarkannya dalam tiga pakej data berbeza iaitu untuk 500MB, 3GB dan juga 6GB, selain memberikan pilihan tempoh komitmen bersama dengan Maxis antara 12 bulan, 18 bulan ataupun 24 bulan.

Untuk makluman semua, Motorola Razr dijual pada harga RM1999 dipasaran Malaysia, yang mana boleh didapati tanpa sebarang pakej dan pelan daripada pengedar rasmi seluruh negara.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd