Selain daripada laman 1Malaysia milik Perdana Menteri kita, Najib Razak yang digodam pada minggu ini, kini laman institusi pengajian tinggi juga turut dijadikan sasaran, dimana terkini laman rasmi Univerisit Malaysia Sarawak telah digodam, dan ditinggalkan mesej oleh pengodam yang mengelarkan diri beliau Bekasi0d0nk.
Pengodam tersebut telah menyertakan sebuah gambar selain menambah navigasi menunjukkan yang mana mereka adalah daripada Indonesia. Motif disebalik godaman ini masih tidak diketahui. Mungkin juga ianya merupakan kesilapan pembangun web sendiri mengakibatkan laman mereka mudah digodam.
Kemaskini : Kini kelihatan laman tersebut sedang melalui proses kemaskini.