Cari @ Amanz

Carian Cuaca Pada Google Di Android Dan iOS Kini Menyokong Bahasa Malaysia

Oleh Aman

Link Copied!

Sebelum ini, Google telah pun memperkenalkan sokongan carian cuaca pada carian di platform mudah-alih, dan hari ini Google melangkah kehadapan lagi dengan menawarkan sokongan carian cuaca dalam lebih 34 bahasa berlainan termasuk Bahasa Malaysia, membolehkan para pengguna menggunakan kata kunci seperti “Cuaca” dan sebagainya dalam melakukan carian berkenaan cuaca pada pelayar web mudah-alih mereka.

Dan menariknya, ia turut didatangkan dengan sokongan kawalan berbentuk luncuran, membolehkan para pengguna menarik titik masa dari satu waktu ke waktu yang lain untuk melihat perubahan cuaca pada sesuatu masa itu. Buat masa ini, ia membolehkan para pengguna melihat laporan kaji cuaca sehingga 12 jam dalam sesuatu hari, selain turut memperlihatkan kelajuan angin padanya dan kadar kelembapan.

Bagi anda yang mempunyai peranti mudah-alih, anda boleh layari laman Google, dan mula melakukan carian laporan kaji cuaca dengan mudah melaluinya.


Komen ()