Cari @ Amanz

Salah satu perkara yang saya malas belajar ketika sekolah menengah dulu adalah mengenai organ-organ dalaman manusia. Namun, itu adalah dahulu, dan kini para pengguna boleh pelajarinya secara interaktif melalui sebuah web khas, membolehkan anda mengetahui sesuatu organ dalaman manusia, dan bahagian-bahagian pada badan manusia, samaada lelaki atau wanita dengan mudah dan menarik.

Laman yang dinamakan sebagai BioDigital Human ini dibangunkan oleh syarikat sama yang membangunkan Google Body Browser sebelum ini. Namun disebabkan Google telah mematikan projek tersebut, maka ZygoteBody telah pun mengeluarkannya secara bebas, membolehkan sesiapa sahaja mengakses dan mempelajari dengan lebih mendalam berkenaan dengan organ-organ dan badan manusia.

Selain daripada berasaskan web, bagi mereka yang menggunakan pelayar web Chrome, anda juga boleh memuat-turunnya dalam bentuk Extension khas, dan mengaksesnya dengan mudah melalui web. Jadi, bagi sesiapa yang meminati pelajaran berkaitan biologi atau perubatan, atau sesiapa sahaja yang ingin mengenali tubuh badan dengan lebih mendalam, BioDigital Human adalah salah satu laman yang tidak boleh dilepaskan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd