BB OS 7.1.0.74 Untuk Bold 9900 Membawakan Sokongan Mobile Hotspot

BB OS 7.1.0.74 Untuk Bold 9900 Membawakan Sokongan Mobile Hotspot

Diterbitkan pada November 26, 2011 oleh .

Seperti semua sedia maklum, BlackBerry Bold 9900 membawakan sokongan skrin sentuh padanya, selain mana kini kelihatan melalui kemaskini perisian yang bakal diperkenalkan untuknya tidak lama lagi, ia bakal turut sama menyertakan sokongan Mobile Hotspot, membolehkan para pengguna berkongsi rangkaian internet dengan mudah melalui WiFi.

Pada masa yang sama, ia turut dilaporkan yang mana kemaskini ini menyertakan sokongan mesej kecemasan, ataupun Emergency Alert Messages. Fungsi penuh yang bakal diperkenalkan masih lagi tidak diketahui, memandangkan kemaskini ini masih lagi belum diperkenalkan secara rasminya kepada semua, tetapi hanyalah merupakan kemaskini pembangunan yang bocor ke arena internet.

Terima kasih Firdaus.


TIPS & ULASAN