Cari @ Amanz

Mungkin semua sedia maklum yang mana Bahasa Melayu (yang turut menyertakan Bahasa Indonesia dan Bahasa Malaysia) merupakan antara bahasa utama di Twitter, dan kini sebagai bahasa ke lima utama pada Twitter, hanya dibelakang Bahasa Inggeris, Jepun, Portugis, dan Sepanyol. Melalui laporan yang dikeluarkan oleh Semiocast, ia memperlihatkan sebanyak 6% daripada Tweet yang dihantar adalah berbahasa Melayu.

Sebelum ini, pada tahun lepas, Bahasa Melayu merupakan bahasa ke-empat popular di Twitter, namun kini dengan peningkatan drastik daripada Sepanyol, ia menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa ke-lima popular. Peningkatan yang diperlihatkan oleh Bahasa Melayu juga adalah rendah, iaitu hanya sekadar penambahan sebanyak 107% sahaja berbanding tahun lepas.

Dan mungkin semua sedia maklum yang mana kebanyakkan Tweet berbahasa Melayu ini datangnya daripada pengguna Indonesia, yang mana merupakan antara pengguna aktif di Twitter.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd