Cari @ Amanz

Chrome merupakan salah satu pelayar web yang mengikuti fasa pembangunan empat minggu untuk setiap versi, dimana melaluinya pelbagai sokongan baru disertakan, dan kini ia dilaporkan pelayar web daripada Google itu kelak akan turut sama menyertakan sokongan untuk alat kawalan permainan video dan juga sembang video berasaskan WebRTC tidak lama lagi.

Ini mungkin sekali gus akan menambah lagi dan menarik para peminat permainan video untuk bermain permainan berasaskan pelayar web memandangkan ia turut disertakan dengan sokongan alat kawalan permainan video padanya.

Mungkin juga kita akan dapat melihat lebih banyak pelayar web yang lain turut menyertakan sokongan yang sama. Google dijangka akan diperkenalkan pada awal tahun hadapan melalui kemaskini terkini pelayar web mereka. Sama-sama kita nantikannya kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd