Cari @ Amanz

Gambar Awal Peranti Ice Cream Sandwich Daripada HTC Diperlihatkan

Oleh Aman

Link Copied!

Sebelum ini, Google telah pun melancarkan kod sumber Android 4.0 Ice Cream Sandwich kepada umum, dan mungkin kita akan dapat melihat satu per satu peranti Ice Cream Sandwich bakal diperkenalkan tidak lama lagi, dan salah satunya merupakan HTC Ville. Selepas kedengaran mengenai HTC Ville sebelum ini, kini gambar peranti tersebut mula kelihatan.

Buat masa ini, HTC belum mengeluarkan sebarang informasi rasmi berkaitan dengannya. Ia dilaporkan yang mana HTC Ville bakal menggunakan cip pemprosesan dwi-teras 1.5GHz, skrin Super AMOLED seluas 4.3-inci dengan sokongan gHD, dan juga kamera 8-megapixel bersama-sama dengannya.

HTC Ville juga dilaporkan akan membawakan antaramuka HTC Sense 4.0 yang mana dioptimasikan untuk Ice Cream Sandwich dan bakal dilancarkan sekitar April 2012 kelak.


Komen ()