TM Mengumumkan Gangguan Perkhidmatan Di Kota Bharu, Kelantan

TM Mengumumkan Gangguan Perkhidmatan Di Kota Bharu, Kelantan

Diterbitkan pada November 26, 2011 oleh .

Selain daripada masalah kabel AAG yang menghadapi masalah menghubungkan trafik Malaysia ke Amerika Syarikat, Asia Utara dan juga Eropah, kini Telekom Malaysia turut sama mengeluarkan berita dukacita untuk para pengguna TM di Kota Bharu, Kelantan, dimana mereka mungkin akan menghadapi masalah dan gangguan menggunakan perkhidmatan TM sehingga Isnin, 28 November 2011 kelak.

Menurut Telekom Malaysia, para pengguna dan pelanggan TM di Jalan Hospital, Kota Bharu akan menghadapi gangguan dalam menggunakan talian telefon dan juga jalur-lebar, memandangkan keadaan banjir di sana. TM melaporkan yang mana pembaik-pulihan akan dilakukan secepat mungkin, dan dijangka menjelang 28 November kelak, tetapi masih bergantung kepada keadaan cuaca di sana.

Kami masih tidak dapat pastikan samada adakah ianya menjejaskan semua pengguna Telekom Malaysia di Kota Bharu, Kelantan, atau hanya di suatu kawasan kecil sahaja.


TIPS & ULASAN