Cari @ Amanz

Siri merupakan salah satu aplikasi yang kian diperkatakan oleh semua pihak, dan telah menjadi salah satu titik jualan untuk iPhone 4S. Kami sendiri telah mengujinya sebelum ini secara ringkas, dan kini, beberapa perbandingan antara Siri dengan aplikasi lain mula kelihatan, termasuk perkhidmatan daripada Microsoft dinamakan sebagai TellMe, dan juga salah satu aplikasi percuma pada Android, iaitu SpeakToIt.

Melalui perbandingan dengan TellMe, Siri memperlihatkan ianya berfungsi dengan lebih cemerlang, namun ia gagal menarik perhatian apabila dibandingkan dengan aplikasi Android percuma, iaitu SpeakToIt.

Antara masalah yang dilihat dihadapi oleh Siri buat masa ini, adalah tidak boleh mengenal bahasa Inggeris dengan slanga berbeza, selain beberapa perkhidmatan dan fungsi yang masih terbatas untuk pengguna Amerika Syarikat sahaja buat masa ini.

Dengan semua aplikasi bantuan pintar yang dikawal melalui suara ini yang kian meningkat popularitinya setiap hari, mungkin kita akan dapat melihat tahun hadapan, lebih banyak aplikasi seumpamanya diperkenalkan, selain aplikasi sedia ada yang terus meningkat kepintarannya dari hari ke hari.

Terima kasih Radze.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd