Cari @ Amanz

Untuk makluman semua, sehingga kini Yes4G hanya menyediakan sokongan untuk sistem operasi Windows dan Mac OS X sahaja, dan mengabaikan komuniti Linux untuk peranti jalur-lebar mudah-alih mereka. Namun kini perkara tersebut diatasi oleh salah seorang pembangun bebas tempatan, membolehkan para pengguna Linux menggunakan Yes Go dengan mudah pada komputer mereka.

Para pengguna Linux 64-bit ataupun 32-bit yang berminat boleh memuat-turun aplikasi ini secara percuma, sekaligus menggunakan peranti Yes Go pada komputer berasaskan Linux, terutamanya Ubuntu dengan mudah, sekaligus menggunakan jalur-lebar berkelajuan tinggi tersebut pada komputer mereka.

Mungkin juga pihak Yes sendiri perlu menyokong pembangunan ini dalam menyediakan sokongan ataupun dana kepada pembangun dalam membangunkannya kepada pelbagai sistem operasi dan variasi Linux yang lain. Mungkin juga kita akan dapat melihat perkara yang sama dibangunkan untuk penyedia telekomunikasi yang lain di Malaysia, terutamanya P1.

Jadi, bagi pengguna Yes yang berminat, anda boleh memuat-turun dan menggunakan peranti Yes Go pada komputer anda. Mungkin lepas ini kita akan dapat melihat sokongan Yes Life pula pada Linux.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd