Cari @ Amanz

Dalam mengawal saiz storan pada komputer anda, salah satu perkara yang boleh dilakukan adalah dengan membuang fail pendua pada komputer anda. Kadang-kala kita tidak ketahui akan kemunculan fail pendua ini, dan tidak perasan akan dimanakah kita menyimpannya, dan dimanakah salinannya berada. Namun, perkara ini dapat diatasi dengan mudah melalui aplikasi percuma yang dinamakan sebagai dupeGuru.

Melalui dupeGuru, ia menyokong sistem operasi Windows, OS X dan juga Linux, dimana para pengguna boleh memuat-turun untuk kesemua sistem ini secara percuma. Namun, setiap sumbangan anda kepada pembangunnya amat dihargai.

Selain daripada dupeGuru yang mencari fail pendua secara amnya, para pengguna juga turut sama boleh menggunakan dan menguji aplikasi dupeGuru Music yang dikhaskan kepada fail-fail berbentuk lagu dan audio, serta dupeGuru Picture yang dikhaskan untuk fail-fail pendua berbentuk gambar dan imej.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd