Cari @ Amanz

Tikam.me sebelum ini telah pun dijenamakan semula sebagai Tickade dimana membawakan beberapa perkara baru bersama-sama dengannya. Kini selepas beberapa bulan ianya dijenamakan semula, Tickade diberikan nafas baru, dimana laman tersebut direkabentuk semula sekaligus menjadikannya lebih menarik berbanding dengan sebelum ini.

Pada masa yang sama, ia masih mengekalkan gaya dan konsep yang sama. Melalui Tickade, ia membawakan pengalaman permainan arked kepada komputer anda, dimana ia membolehkan anda membeli token untuk bermain, selain pada masa yang sama bersaing dengan rakan-rakan anda dengan mudah, serta pada masa yang sama menukarkan sebahagian daripada mata ganjaran yang dikumpulkan oleh anda kepada hadiah-hadiah fizikal.

Tickade juga menggunakan sokongan Facebook Connect, sekaligus memudahkan para pengguna untuk mendaftarkan akaun padanya. Bagi mereka yang berminat, mungkin anda boleh menyertai dunia permainan sosial berasaskan web yang dibawakan oleh para pembangun tempatan melalui Tickade.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd