Cari @ Amanz

Dengan dunia teknologi yang semakin meningkat pantas, semestinya para pengguna ingin mendapatkan pelbagai informasi dengan pantas, membuatkan ramai pembangun mengoptimasikan saiz laman web mereka. Namun menariknya, melalui suatu kajian yang dilakukan, sepanjang tahun lepas, saiz sesuatu halaman web telah meningkat lebih kurang 25%, menjadikan purata saiz kepada 784kB.

Secara kasarnya, perkara ini dilihat kebanyakkannya adalah disebabkan oleh saiz fail JavaScript yang meningkat dengan drastik selain daripada saiz gambar. Mungkin perkara berkaitan dengan saiz gambar mungkin telah pun disasarkan ramai, dengan lebih ramai memuat-naik gambar berkualiti tinggi, saiz laman web turut dipengaruhi olehnya.

Namun, amat mengejutkan, apabila dilihat dari segi peratus, JavaScript menyumbang kepada peningkatan yang paling banyak, iaitu sehingga 44.7% berbanding gambar dan lain-lain. Ia diperkatakan perkara ini mungkin berkait rapat dengan teknologi HTML5 yang semakin digunakan secara meluas, namun masih lagi cuba dioptimasikan dengan lebih lanjut oleh para pembangun.

Jadi, adakah kita akan terus melihat perkara ini meningkat pada tahun-tahun akan datang, ataupun adakah perkara ini dapat diatasi tidak lama lagi?

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd