Asyik.TV Menambah Saluran Bernama Dan Juga TV9 – Memfokuskan Sepenuhnya Pada Facebook

Asyik.TV Menambah Saluran Bernama Dan Juga TV9 – Memfokuskan Sepenuhnya Pada Facebook

Diterbitkan pada November 27, 2011 oleh .

Sebelum ini, kami pernah menulis mengenai Asyik.TV, iaitu salah satu perkhidmatan yang menyediakan saluran televisyen tempatan melalui internet, dan boleh ditonton menggunakan pelayar web. Kini, nampaknya ia memperlihatkan peningkatan hari demi hari dan kini menawarkan 7 saluran untuk ditonton sepenuhnya melalui perkhidmatan mereka.

Kini, melalui Asyik.TV, para pengguna boleh menonton saluran RTM1, RTM2, TV3, Al-Hijrah, BernamaTV dan juga TV9, serta tambahan TV 1Malaysia. Berbeza dengan awal-awal dahulu, dimana Asyik.TV memfokuskan kepada perkhidmatan berasaskan web, kini ia kelihatan mereka memfokuskan sepenuhnya kepada perkhidmatan berasaskan laman sosial, Facebook sepenuhnya.

Ia masih tidak diketahui samada adakah Asyik.TV akan menyediakan perkhidmatan tambahan melalui web mereka, seperti membolehkan para pengguna menonton filem dan kandungan khas melalui perkhidmatan mereka, atau sekadar menyediakan perkhidmatan melalui Facebook sahaja buat masa ini.

TIPS & ULASAN