Sepanjang minggu lepas, pelbagai topik menarik telah dicari oleh para pengguna tempatan, memperlihatkan pelbagai carian berbeza topiknya, berlainan dengan dua minggu kebelakangan yang mana memfokuskan kepada carian yang lebih kepada hiburan sahaja. Untuk minggu lepas, walaupun beberapa carian memfokuskan kepada hiburan, tetapi ia masih bercampur-campur dengan pelbagai carian yang lain.
Berikut merupakan carian penuh yang dilakukan oleh para pengguna tempatan melalui Google Malaysia daripada 18 November sehingga 24 November yang lepas:
Diaspora
Ramai mula mencari informasi berkenaan dengan laman sosial terbaru ini, apabila pembangun utama dan juga yang memulakan projek tersebut meninggal dunia pada usia muda iaitu ketika berumur hanya 22 tahun sahaja. Ilya Zhitomirskly ditemui meninggal di rumah beliau di San Francisco.
Malaysia vs Indonesia
Salah satu topik terhangat sepanjang minggu lepas adalah berkenaan dengan bola sepak, dimana Harimau Muda dari Malaysia telah pun memenangi acara bola sepak di Sukan SEA, dengan menewaskan Indonesia dengan jaringan 4-3 melalui sepakan penalti selepas seri 1-1 pada masa penuh.
Google Music
Google Music terus mendapat perhatian ramai pengguna tempatan walaupun masih belum disokong sepenuhnya di Malaysia. Google telah pun melancarkan kedai atas-talian untuk muzik pada minggu lepas, selain membolehkan semua pengguna Amerika Syarikat menggunakannya dengan mudah.
Aishwarya Rai Baby
Peminat industri hiburan Bollywood mula mencari informasi berkaitan dengan anak perempuan kepada Aishwarya Rai Bahchan, yang mana merupakan salah satu perkara yang dinantikan ramai peminat beliau di seluruh dunia.
Keputusan UPSR 2011
Keputusan UPSR untuk tahun 2011 telah pun diumumkan pada 17 November, membuatkan ramai ibu bapa dan pelajar yang mendudukinya mencari pelbagai informasi dan berita berkenaan dengannya.
MUET
Musim untuk MUET (Malaysian University English Test) kembali lagi, dimana ramai yang mula mencari maklumat mengenai pendaftaran untuk peperiksaan tersebut, selain turut sama mendapatkan tips dan informasi lanjut mengenainya.
Twilight / Breaking Dawn
Sambungan kepada siri popular Twilight telah pun ditayangkan di pawagam Malaysia bermula daripada 24 November yang lepas, yang mana membuatkan ramai peminat kisah cinta antara manusia dan juga puntianak.
Tesco Malaysia
Tesco Malaysia membuat promosi khas, dimana membolehkan para pemegang Tesco Clubcard memuat-turun baucer bernilai RM10 terus daripada laman web mereka, dan dicetak serta digunakan dalam pembelian mereka di semua Tesco Malaysia seluruh negara.
Greyson Chance
Selepas membuat persembahan di Anugerah Industri Muzik, artis muda berumur 14-tahun ini telah pun mengadakan persembahan khas di Kota Kinabalu, Sabah pada 17 November yang lepas.
2 PM
Peminat lagu Korea, ataupun K-Pop telah pun mula mendapatkan pelbagai informasi berkaitan kumpulan muzik ini yang mengadakan persembahan mereka di Stadium Negara pada 25 November yang lepas.