Cari @ Amanz

Gambar Motorola Droid 4 Mula Kelihatan Bersama Dengan Spesifikasi

Oleh Aman

Link Copied!

Motorola baru sahaja melancarkan peranti terkini mereka, iaitu Motorola Razr, dan kini ura-ura berkaitan peranti seterusnya telah pun mula kedengaran, dimana dilaporkan Droid 4 bakal diperkenalkan pada awal Disember kelak. Rekabentuknya menyerupai Motorola Razr yang diperkenalkan sebelum ini, dan didatangkan dengan tambahan papan kekunci luncur padanya.

Namun, berbeza dengan Galaxy Nexus yang dinantikan, Droid 4 ini dijangka akan dilancarkan dengan Android Gingerbread sama seperti Razr, dan disasarkan akan menerima kemaskini Ice Cream Sandwich pada tahun hadapan. Selain daripada itu, ia turut sama membawakan cip pemprosesan dwi-teras 1.2GHz, skrin qHD seluas 4.0-inci, dan juga bateri 1785mAh.

Buat masa ini, tarikh pelancaran rasmi peranti ini di Malaysia masih lagi tidak diketahui, dan mungkin kita akan kedengaran berita rasmi daripada pihak Motorola sendiri tidak lama lagi. Sama-sama kita nantikannya.


Komen ()