Cari @ Amanz

Sebelum ini, salah seorang pembaca Amanz telah bertanya bagaimana untuk mengubah fail PDF milik beliau kepada format Word supaya boleh diubah-suai dengan mudah, sebelum digunakan untuk perkara seterusnya. Dan untuk memudahkan proses tersebut, terdapat beberapa aplikasi menarik, yang mana boleh dilakukan secara atas-talian ataupun melalui aplikasi khas untuk perkara tersebut.

Free PDF to Word Converter

Free PDF to Word Converter merupakan salah satu aplikasi percuma yang mana menawarkan sokongan untuk mengubah format fail dari PDF ke Word dengan mudah, dimana para pengguna boleh memuat-turun aplikasi ini secara percuma. Namun begitu, aplikasi ini hanya sekadar menyokong pengguna Windows 7, Vista dan juga XP sahaja. Fail yang dihasilkan juga boleh digunakan pada Microsoft Word atau aplikasi yang menyokong format Word dengan mudah.

PDF-to-Word

Berbeza dengan aplikasi sebelum ini, PDF-to-Word adalah aplikasi berasaskan web dan juga desktop, membolehkan anda mengubah fail PDF dengan mudah. Ia lebih kepada mempromosikan aplikasi desktop berbayar mereka, tetapi para pengguna juga boleh melakukan perubahan daripada PDF kepada Word dengan mudah melalui aplikasi web terbina yang didatangkan, membolehkan fail PDF yang diubah terus dihantar ke emel.

Mengubah Dari Word Ke PDF

Selain daripada mengubah PDF ke Word, mungkin ramai yang tertanya bagaimana untuk mengubah fail Word ke PDF dengan pantas. Untuk melakukannya terdapat pelbagai aplikasi. Namun, kami lebih gemarkan untuk menggunakan aplikasi OpenOffice.org dan juga LibreOffice, memandangkan ia didatangkan dengan sokongan menyimpan fail dalam bentuk PDF dengan mudah.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd