Cari @ Amanz

Sebelum ini, kami pernah menulis mengenai aplikasi Qwest, yang menawarkan sokongan soal jawab secara interaktif berkaitan lokasi dan tempat menarik. Namun, pembangunannya seperti tidak aktif lagi buat masa sekarang ini, dan sebagai salah satu alternatif, kini pembangun dari Australia memperkenalkan sebuah aplikasi yang dinamakan sebagai Drumo.

Menariknya mengenai Drumo adalah dimana ia memfokuskan kepada Asia Pasifik. Namun begitu, lokasi Kuala Lumpur masih lagi belum diaktifkan buat masa ini, dan mungkin akan dilancarkan tidak lama lagi.

Melalui Drumo, ia membolehkan para pengguna untuk bertanya akan soalan berkaitan lokasi dan tempat yang menarik, seperti tempat makan, tempat percutian dan sebagainya, dan melalui penglibatan komuniti, anda akan mendapat cadangan yang amat menarik sekali. Selain daripada itu, syarikat dan organisasi juga boleh menyertai, dan menawarkan jawapan, selain tawaran menarik kepada para pengguna yang bertanya akan soalan.

Ia masih lagi tidak diketahui bilakah lokasi di Malaysia akan diaktifkan. Namun sekiranya anda mempunyai sebarang perancangan untuk melancong ke negara berdekatan, mungkin Drumo akan menyelesaikan masalah melawat tempat-tempat menarik di sana.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd