Ingatkah lagi dengan HackWeekend sebelum ini yang menyaksikan pelbagai projek baru dan idea baru direalisasikan. Kini acara tersebut kembali lagi, dimana HackWeekend yang kedua untuk tahun ini bakal diadakan pada 10 Disember kelak, dan kini pendaftaran untuk menyertainya telah pun dimulakan, membolehkan semua pembangun yang berminat mendaftarkan minat untuk menyertai acara tersebut.
Untuk HackWeekend kedua ini, ia akan memfokuskan kepada tajuk “Finally, Getting It Done” yang mana diperkatakan memfokuskan kepada pembangunan aplikasi berasaskan kepada azam tahun baru masing-masing.
Pendaftaran untuk menyertai HackWeekend ini adalah percuma, dan adalah amat terhad. Bagi mereka yang berminat, mungkin boleh menyertainya, dan kami dari Amanz akan cuba membawakan kemaskini semasa daripada acara tersebut kelak.