Samsung Melancarkan S Pen SDK Kepada Para Pembangun Yang Berminat

Samsung Melancarkan S Pen SDK Kepada Para Pembangun Yang Berminat

Diterbitkan pada November 28, 2011 oleh .

Dengan pengenalan peranti Galaxy Note, Samsung memberikan nafas baru kepada penggunaan stylus melalui penggunaan S Pen padanya. Dan selepas berjanji akan memperkenalkan fail pembangunan S Pen kepada para pembangun, kini nampaknya ia telah pun dilepaskan, dan S Pen SDK 1.0 kini sedia dimuat-turun oleh para pembangun yang berminat.

Dengan adanya ini, ia akan memudahkan para pembangun membangunkan aplikasi yang mesra dengan S Pen, dan boleh dikawal menggunakannya. Mungkin dalam masa beberapa bulan lagi, kita akan dapat melihat beberapa aplikasi tambahan dikeluarkan oleh para pembangun, yang mana membawakan sokongan S Pen padanya.

Walaubagaimanapun, memandangkan hanya Galaxy Note sahaja menyokong S Pen buat masa ini, ia masih lagi menjadi tanda pertanyaan samada adakah ramai akan menggunakannya dalam pembangunan aplikasi mereka, ataupun sebaliknya.


TIPS & ULASAN