Android 4.0 Turut Sama Membawakan Sokongan Input Suara Berbahasa Malaysia

Android 4.0 Turut Sama Membawakan Sokongan Input Suara Berbahasa Malaysia

Diterbitkan pada November 28, 2011 oleh .

Sokongan input suara pada Android telah pun diperkenalkan untuk suatu ketika yang lama. Namun begitu, sehingga kini, kami tidak menggunakannya, mungkin kerana tidak menarik. Walaubagaimanapun, perkara tersebut mungkin berubah tidak lama lagi, memandangkan dalam Android 4.0 Ice Cream Sandwich kelak, ia turut sama membawakan sokongan input dalam bahasa Malaysia.

Perkara ini telah dikenal pasti oleh Zulkiffli dari Melayubuntu, dimana beliau sendiri telah menguji perkara tersebut melalui peranti beliau yang dipasang dengan Android Ice Cream Sandwich. Melalui apa yang diperlihatkan, ia membawakan input yang tepat dan bersesuaian dengan apa yang diucapkan.

Adakah dengan fungsi sokongan input suara berbahasa Malaysia ini, kelak kita akan dapat melihat pembangun tempatan mengambil peluang, dengan membangunkan aplikasi bantuan pintar dalam bahasa Malaysia?


TIPS & ULASAN