Ura-Ura Berkaitan iPhone Bersaiz 4-inci Mula Kedengaran Kembali

Ura-Ura Berkaitan iPhone Bersaiz 4-inci Mula Kedengaran Kembali

Diterbitkan pada November 28, 2011 oleh .

Kini, beberapa laporan baru memperkatakan yang mana Hitachi Displays dan juga Sony Mobile Display telah pun mula menghantar skrin bersaiz 4-inci kepada Apple untuk digunakan sebagai paparan untuk iPhone generasi baru kelak. Namun ia masih tidak dapat diketahui akan mengenai kesahihan perkara ini.

Laporan mengenai Apple akan memperkenalkan peranti iOS bersaiz 4-inci kedengaran sejak sebelum ini lagi, dimana ia dilaporkan Apple bakal memperkenalkan iPhone 5 dengan saiz demikian. Namun sebelum ini, Apple hanya sekadar melancarkan iPhone 4S dengan paparan bersaiz sama.

Apple sehingga kini mengekalkan saiz skrin yang sama supaya semua aplikasi yang dibangunkan untuk iPhone dan iPod Touch dapat beroperasi dengan betul tanpa sebarang masalah. Dan sekiranya perkara ini adalah benar, maka mungkin ia akan membawa masalah kepada komuniti pembangun, dan perlu mengoptimasikan aplikasi mereka bukan hanya untuk iPhone dan iPad sedia ada, tetapi turut sama untuk skrin bersaiz 4-inci.

Namun, perkara ini masih lagi dikategorikan ura-ura tanpa sebarang pengesahan dan bukti rasmi lagi.


TIPS & ULASAN