Nampaknya, kini Facebook sudah pun mula memperkenalkan kemaskini kepada fungsi muat-naik gambar di Facebook, dan apa yang menarik adalah fungsi terbaru ini menyerupai sokongan muat-naik gambar di Google+, dimana ia memperlihatkan gambar sebaik sahaja anda muat-naiknya, tanpa perlu menunggu seperti sebelum ini.
Melalui sokongan ini, para pengguna boleh melihat gambar yang dimuat-naik serta-merta, dan juga menambah keterangan pada gambar dengan pantas, tanpa perlu menunggu sebelum ini.
Sokongan ini sedang diperkenalkan secara berperingkat, dan mungkin semua pengguna akan dapat melihat fungsi baru ini tidak lama lagi.