Cari @ Amanz

Teknologi carian secara amnya telah berubah dari tahun ke tahun, dan seperti semua sedia maklum, enjin carian paling popular di dunia Google, turut sama melalui evolusi, dari hanya menyediakan carian berbentuk teks sahaja pada awalnya, kini mereka telah menambah satu demi satu fungsi, dari carian imej, berita dan sebagainya sehingga membolehkan para pengguna mendapatkan jawapan pantas dengan mudah terus melalui kotak carian Google.

Untuk memperlihatkan evolusi carian di Google, mereka sendiri telah menyediakan sebuah video ringkas, memperlihatkan perubahan yang dilakukan dari tahun ke tahun. Antara perkara yang ditekankan adalah termasuk sokongan carian universal yang memperlihatkan teks, gambar, video dan sebagainya pada satu halaman dengan mudah, selain turut memperlihatkan jawapan terus pada halaman carian tanpa perlu ke laman yang lain.

Google juga pada masa yang sama, kini telah memfokuskan pada masa depan carian, dimana mereka terus memperkembangkan teknologi carian pada Google, dengan mengintegrasikan pelbagai sokongan, seperti carian suara dan sebagainya. Mungkin dalam tahun-tahun akan datang, kita akan dapat melihat perubahan lebih drastik, tambahan dengan pengenalan Google+ baru-baru ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd