Cari @ Amanz

Kinect telah mengubah dunia permainan sepenuhnya, selain mana ia turut diperluaskan penggunaannya, dengan beberapa pembangun bebas telah pun mengeluarkan pelbagai aplikasi menarik untuknya, menjadikan penggunaan Kinect lebih meluas tanpa batasan. Dan kini dengan berita Microsoft bakal melancarkan Xbox generasi baru, ura-ura berkaitan dengan Kinect 2 juga turut sama kedengaran.

Melalui Kinect 2, ia dilapor akan membawakan sokongan pembacaan gerakan dan juga pengenalan suara ke tahap yang lebih tinggi lagi. Ia dilaporkan Kinect 2 kelak akan menjadi lebih baik, membolehkan ia membaca gerakan mulut, kenal pasti bila pemain marah, selain turut mengetahui bila mereka memandang ke arah yang lain. Ia juga diperkatakan akan diintegrasikan dengan sokongan untuk mengetahui tahap kekuatan suara pemain, dan juga perwatakan wajah pemain. Mungkin juga Kinect 2 bakal membawakan pelbagai sokongan tambahan, membawakan teknologi pengenalan kamera kepada tahap yang lebih tinggi lagi.

Sebelum ini, Microsoft telah pun memperkenalkan aplikasi Avatar Kinect yang membolehkan pemain membangunkan avatar tersendiri dan berinteraksi dan bersosial bersama yang lain, dan baru-baru ini ia dilaporkan Microsoft akan memperkenalkan sokongan Kinect untuk Windows pada awal 2012 kelak.

Jadi, apakah lagi yang akan dibawakan oleh Microsoft melalui teknologi Kinect mereka?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd