Twitter Mengintegrasikan Lebih Maklumat Pada Halaman Carian Mereka

Twitter Mengintegrasikan Lebih Maklumat Pada Halaman Carian Mereka

Diterbitkan pada November 29, 2011 oleh .

Google baru sahaja mengeluarkan video berkenaan dengan evolusi carian oleh mereka, dan kini ia kelihatan Twitter turut sama melalui pelbagai evolusi secara kecil-kecilan. Setelah mengintegrasikan dan memperlihatkan gambar dan video daripada Tweet yang dihantar pada Twitter, kini pada halaman carian, mereka turut sama memperlihatkan Top News pada bahagian atas halaman carian mereka.

Namun, buat masa ini, ia hanya diperlihatkan untuk berita yang popular sahaja, dan tidak semua topik terhangat ataupun carian yang memperlihatkan perkara tersebut.

Bagaimana sesuatu berita itu diperlihatkan juga tidak diketahui, dan memandangkan ia tidak menyertakan tag mengatakan perkara tersebut dibayar, mungkin terdapat sebuah algoritma sendiri yang dibangunkan oleh Twitter untuk memperlihatkannya.

Kami tidak pasti perkara ini telah diperkenalkan sejak bila, ataupun masih lagi pada peringkat ujian.


TIPS & ULASAN