Carian
Aplikasi Untuk Pembangun Web Pada Firefox 10 Dipertontonkan
November 29, 2011 Aman

Salah satu perkara yang diutamakan pada pelayar web adalah sokongan aplikasi untuk para pembangun, dan kini melalui Firefox 10, Mozilla terus menambah-baik fungsi untuk pembangun, dan salah satu yang diberikan perhatian adalah sokongan Page Inspector yang lebih memudahkan para pembangun menyemak pelbagai perkara pada sesuatu halaman web.

Untuk memudahkan pemahaman tersebut, pihak pembangun Mozilla sendiri telah menyediakan sebuah video khas, menerangkan dan memberikan contoh penggunaannya dengan lebih mendalam. Bagi mereka yang berminat untuk menguji perkara ini, ia telah pun sedia didatangkan bersama-sama dengan Firefox 10 yang kini berada dalam saluran pembangunan Aurora.

Firefox 10 juga turut sama dijangka akan didatangkan bersama fungsi kemaskini automatik seumpama pada Chrome, sekaligus dengan penambahan fungsi ini, ia mungkin menjadi salah satu versi utama yang akan menarik kembali para pengguna menggunakan pelayar web popular itu kembali.

Komen