Cari @ Amanz

Dengan dunia freelance yang semakin berkembang di Malaysia, laman-laman seperti Freelancentral dan Faces.my dilancarkan, semestinya salah satu perkara yang menjadi cabaran adalah menyediakan invois kepada pelanggan. Dan bagi pekerja bebas, mungkin mereka tidak mempunyai aplikasi yang sepatutnya. Tetapi kini mereka dengan mudah boleh membina invois tersendiri melalui aplikasi dinamakan sebagai BillAble.me.

Melalui BillAble.me, ia menyediakan aplikasi berasaskan web, membolehkan para pengguna mengubah dan menambah apa yang diperlukan terus melalui pelayar web mereka dengan pantas dan mudah. Selain daripada itu, ia juga turut didatangkan dengan sokongan pengiraan asas terbina untuk cukai, dan menjumlahkan harga yang perlu dibayar.

Kemudiannya, para pengguna boleh menghasilkan fail PDF terus melalui laman web tersebut, dimana kemudiannya boleh digunakan dalam menghantarnya kepada emel pelanggan.

Secara ringkasnya, melalui BillAble.me, selain daripada menyediakan perkhidmatan percuma, anda juga boleh menghasilkan invois yang professional, yang mana pada masa yang sama memudahkan anda menyediakan invois kepada pelanggan anda.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd