Nampaknya, satu demi satu syarikat berasaskan internet tempatan yang mula mendapat perhatian ramai pihak, dimana selepas iBilik mendapat dana pelaburan sebelum ini daripada Crystal Horse Investments, kini syarikat yang sama turut melabur pada SocialWalk.com. Jumlah nilai yang dilaburkan dan diterima oleh SocialWalk adalah bernilai RM1 juta, sekaligus memperlihatkan ia kelak akan berkembang dengan lebih meluas lagi.
Sebelum ini, SocialWalk telah dimulakan dan menerima dana daripada MSC Pre-Seed sebanyak RM150,000, dan selepas itu, ia tidak menerima sebarang dana, dan telah beroperasi selama 2 tahun, dan baru-baru ini telah membuka pejabat baru mereka.
SocialWalk juga turut sama telah memperluaskan perniagaan mereka ke Singapura, dan buat masa ini, lebih memfokuskan kepada benua Asia terlebih dahulu.
Bagi yang tidak kenali akan SocialWalk, ia merupakan salah satu laman yang menyediakan kemudahan untuk menguruskan sesuatu acara, dimana para hadirin boleh mendaftarkan diri dengan mudah, selain penganjur boleh menguruskan nama hadirin dan menumpukan kepada acara mereka.