Bing Mengeluarkan Data Berkenaan Carian Terhangat Sepanjang 2011

Bing Mengeluarkan Data Berkenaan Carian Terhangat Sepanjang 2011

Diterbitkan pada November 29, 2011 oleh .

Walaupun tahun 2011 masih belum berakhir, enjin carian sudah pun mula mengeluarkan data mengenai carian tahunan mereka, dimana Bing telah pun mengeluarkan data carian mereka untuk tahun 2011, memperlihatkan beberapa perkara menarik, dimana carian berkaitan selebriti yang paling poplar adalah Justin Bieber, memperlihatkan peningkatan drastik dari tahun 2010 yang mana ketika itu berada di tangga ke-6, dan kini pada tangga pertama.

Apabila berkaitan dengan carian berkenaan dengan berita pula, ia diungguli oleh kisah perbicaraan Casey Anthony, dan diikuti oleh kematian Osama Bin laden. Maria Sharapova menjadi bintang sukan yang paling banyak dicari, mendahului Tige Woods, dan penyanyi yang paling dicari turut sama dipegang oleh Justin Bieber mendahului Katy Perry.

Dari segi barangan elektronik pula, ia memperlihatkan Xbox sebagai carian paling popular, menewaskan iPhone 5, PlayStation dan lain-lain. Rancangan televisyen yang paling banyak dilakukan cariannya melalui Bing adalah American Idol, yang mana turut sama memegang taktha carian untuk carian rancangan realiti. Kim Kardashian menjadi bintang realiti yang paling banyak dilakukan cariannya di Bing. Mission Impossible : Ghost Protocol menjadi carian filem yang paling banyak, mendahului Twilight : Breaking Dawn.

Seperti mana yang dilihat, carian lebih tertumpu kepada carian oleh pengguna dari Amerika Syarikat, dan rantau berdekatan dengannya. Berbeza dengan Yahoo! dan juga Google, Microsoft seperti tidak mengeluarkan sebarang data carian mengikut negara, sekaligus menjadikan ia agak sukar untuk mengetahui apakah carian yang dilakukan oleh para pengguna tempatan.


TIPS & ULASAN