Sehingga kini, ramai yang menyukai akan sokongan dwi-SIM yang didatangkan didalam kebanyakkan peranti dari China, membolehkan anda bertukar kad-SIM dengan mudah dan pantas. Tetapi bagaimana pula dengan sokongan mengubah sistem operasi? Kini, sebuah peranti klon Nokia N9 diperlihatkan dengan sokongan untuk mengubah “sistem operasi” dengan mudah.
Bersama-sama dengannya, ia kelihatan klon Nokia N9 ini didatangkan dengan Symbian Anna, iOS 5.0, Windows Phone 7, MeeGo, Android 3.1 (HTC Sense dan Samsung TouchWiz), dan juga BlackBerry OS. Walaubagaimanapun, ia bukanlah sistem operasi sepenuhnya, tetapi lebih kepada pilihan antaramuka padanya, menjadikannya salah satu peranti yang menarik.
Dari segi spesifikasi pula, ia didatangkan dengan skrin seluas 3.8-inci dan juga kamera 1.3-megapixel, berbeza sepenuhnya dengan Nokia N9 yang sebenar.
Jadi, adakah sesiapa yang akan membelinya sekiranya ditawarkan di Malaysia?