Cari @ Amanz

Semalam kami telah menulis mengenai sokongan input suara bahasa Malaysia pada Android 4.0 Ice Cream Sandwich, dan salah satu pertanyaan yang ditanya oleh para pembaca adalah sokongan dialek atau slanga negeri, seperti yang digunakan oleh para pengguna dari Kelantan, Pulau Pinang, Terengganu dan sebagainya. Dan menariknya adalah dimana ia kelihatan turut menyokong samanya, menjadikannya lebih menarik.

Melalui ujian yang dilakukan oleh pemilik Melayubuntu, ia memperlihatkan yang mana input suara pada Android 4.0 Ice Cream Sandwich turut sama menyokong input suara dalam bahasa dan dialek Terengganu dan juga Kelantan. Namun, menurut beliau, untuk input dalam dialek Kelantan, cubaan untuk beberapa kali dilakukan sebelum mendapat hasil yang memuaskan.

Kami akan cuba menyediakan sebuah video ringkas memperlihatkan input suara dalam Bahasa Malaysia ini dalam minggu ini.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd