Cari @ Amanz

Setelah Bing mengeluarkan perkara yang paling banyak dicari melalui enjin carian mereka pada tahun ini, kini pada hari ini Facebook pula telah mengeluarkan data mengenai artikel yang paling banyak dikongsi akan di Facebook pada sepanjang tahun 2011 ini. Melaluinya pelbagai berita telah dikongsi, dan Facebook mengeluarkan data berkaitan 40 berita paling popular dikongsi akan pada platform mereka.

Dan berita yang menduduki tangga pertama adalah artikel mengenai gambar di Jepun sebelum dan selepas Tsunami pada awal tahun ini. Facebook juga turut sama memperlihatkan sumber artikel tersebut, menunjukkan kebanyakkan adalah daripada laman-laman berita seperti New York Times, CNN< Yahoo! dan lain-lain. Bagi mereka yang berminat, anda boleh menyemak senarai penuh 40 berita paling popular yang dikongsikan di Facebook melalui halaman rasmi mereka.

Mungkin dengan pengenalan fungsi Read pada Facebook baru-baru ini, kita akan dapat melihat data yang lebih menarik lagi pada tahun hadapan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd