Sokongan Google Maps Di Dalam Bangunan Di Perkenalkan

Sokongan Google Maps Di Dalam Bangunan Di Perkenalkan

Diterbitkan pada November 30, 2011 oleh .

Setelah berjaya dengan Google Maps yang menyediakan peta seluruh dunia, Google kini turut mengutamakan pemetaan didalam bangunan. Sebelum ini, mereka pernah memperkenalkan StreetView dalam bangunan, dan kini Google terus melangkah setapak kehadapan dengan memperkenalkan sokongan Google Maps didalam bangunan, emmbolehkan anda melihat peta didalam sesuatu bangunan terus pada peranti mudah-alih anda.

Buat masa ini, sokongan ini diperkenalkan pada Android sahaja, melalui Google Maps 6.0. Melaluinya, ia membolehkan para pengguna ketahui akan dimana mereka berada, pada tingkat berapa didalam bangunan dan kemana mereka ingin pergi.

Walaubagaimanapun, sokongan Google Maps Indoor ini hanya diperkenalkan kepada pengguna di Amerika Syarikat dan juga Jepun sahaja buat masa ini, dan mungkin akan diperluaskan kepada seluruh dunia tidak lama lagi. Mungkin selepas ini, para pengguna akan lebih mudah melawat sesuatu bangunan, disamping tidak lagi lupa akan tempat parkir kereta masing-masing.


TIPS & ULASAN