Dengan pengenalan Siri, pelbagai aplikasi yang seumpama dengannya turut sama meningkat popular. Selain Microsoft dengan TellMe, beberapa aplikasi bebas turut dibangunkan pembangun seperti SpeakToIt, Iris dan terkini pada hari ini adalah Cluzee yang dilancarkan untuk Android, dan bakal diperkenalkan untuk iPhone tidak lama lagi.
Melalui apa yang diperlihatkan, Cluzee membawakan sokongan bantuan pintar, dimana ia menyemak pelbagai perkara dalam masa-nyata, termasuk membawakan sokongan trafik terbina, dan menarik data daripada pelbagai web sosial dalam membawakan hasil dan cadangan yang baik untuk para pengguna.
Kami sendiri akan melakukan ujian terhadap aplikasi ini, dan sementara itu, para pengguna Android yang berminat, anda boleh memuat-turun aplikasi Cluzee ini terus daripada Android Market, dan mula menggunakannya hari ini.