Cari @ Amanz

Google Sekali Lagi Membawakan Perubahan Rekabentuk Pada Google Bar

Oleh Aman

Link Copied!

Google terus mengemaskini rekabentuk laman mereka pada setiap perkhidmatan, dimana selepas memperkenalkan Google Bar berwarna hitam kepada semua dengan akses pantas ke semua perkhidmatan selain mengintegrasikan Google+ padanya, kini sekali lagi ia berevlousi, dan melalui rekabentuk baru ini, ia lebih kemas, serta memfokuskan pada carian, salah satu kekuatan milik Google.

Pada masa yang sama, bar Google yang serba baru ini juga membolehkan para pengguna bernavigasi ke perkhidmatan yang lain dengan pantas dengan hanya klik pada logo sahaja. Ia masih lagi mengintegrasikan sokongan Google+ padanya, serta turut sama mengintegrasikan butang +Share padanya untuk memudahkan perkongsian oleh pengguna daripada mana-mana laman Google.

Ia dijangka akan diperkenalkan secara berperingkat kepada semua pengguna tidak lama lagi. Jadi, apa kata anda mengenai rekabentuk baru Google ini?


Komen ()