Cari @ Amanz

Windows Phone boleh dikatakan masih lagi kurang popular di Malaysia dengan pelancaran penuh Marketplace yang masih lagi tidak diketahui bila. Namun, Microsoft masih lagi tidak berputus asa, dimana kini mereka memperkenalkan sebuah demo khas untuk para pengguna iOS dan juga Android mencuba terlebih dahulu beberapa perkara asas pada Windows Phone.

Untuk menguji Windows Phone pada telefon pintar Android atau iOS anda, hanya perlu melayari sebuah laman khas, iaitu laman WP Demo, dan seterusnya, anda boleh menggnakan beberapa perkara asas. Walaupun ia tidak memberikan fungsi penuh dan lancar seperti pada telefon Windows Phone yang sebenar, ia masih boleh digunakan dalam menguji fungsi asas pada Windows Phone.

Bagi mereka yang berminat, anda boleh menguji demo Windows Phone yang disediakan oleh Microsoft, dan membuat keputusan sebelum membelinya dengan lebih mudah.

Terima kasih Arshad

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd