Cari @ Amanz

Salah satu anugerah ICT tahunan yang diadakan di Malaysia adalah Anugerah ICT NEF-Awani, dimana pada tahun ini, ia merupakan tahun kedua diadakan. Dan bagi mereka yang menjalankan aktiviti berasaskan ICT mungkin anda boleh mengambil bahagian pada acara ini dengan mencalonkan produk dan perkhidmatan anda pada anugerah kali ini.

Untuk makluman semua, hari ini merupakan hari terakhir pencalonan produk dan perkhidmatan samada untuk kateogri umum, ataupun kategori pilihan komuniti. Ia kemudiannya akan melalui pelbagai proses, iaitu undian daripada komuniti, dan juga penghakiman daripada pihak juri, sebelum anugerah tersebut diadakan pada Februari tahun hadapan.

Kami dari Amanz akan cuba membawakan kemaskini langsung daripada anugerah ini kelak, dimana dalam minggu-minggu akan datang, kami akan cuba membawakan temuramah bersama-sama dengan pemenang tahun lepas, dan calon-calon akhir untuk tahun ini.

Amanz merupakan media atas-talian rasmi untuk NEF-Awani 2011

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd