(Video) Sokongan Input Suara Dalam Bahasa Malaysia Pada Android 4.0

(Video) Sokongan Input Suara Dalam Bahasa Malaysia Pada Android 4.0

Diterbitkan pada November 30, 2011 oleh .

Sebelum ini kami pernah paparkan beberapa antaramuka mengenai ujian input suara pada Android 4.0 Ice Cream Sandwich, yang mana membawakan sokongan untuk input dalam bahasa Malaysia, dan menariknya turut sama menyokong beberapa dialek pengguna tempatan, termasuk dialek utara, Kelantan dan juga Terengganu.

Dan untuk memberikan idea yang lebih dekat mengenai input suara ini, salah seorang pembaca Amanz telah pun menghantarkan video yang dirakamkan beliau, menguji input suara dalam menggunakan bahasa baku biasa, dialek utara dan juga dialek Kelantan. Menariknya, walaupun terdapat beberapa kesilapan, ia masih menarik perkataan yang paling hampir dengan sebutan. Mungkin untuk penggunaan dialek, para pengguna perlu menyebutnya dengan betul untuk memastikan inputnya adalah benar.

Jadi, apa komen anda?


TIPS & ULASAN