Cari @ Amanz

Salah satu laman sosial professional terkemuka di dunia adalah LinkedIN, yang mana membolehkan mereka yang bekerja mempunyai identiti professional mereka tersendiri. Menariknya, kini dilihat LinkedIN telah pun memperluaskan perkhidmatan mereka ke Malaysia, dengan menyediakan perkhidmatan mereka sepenuhnya dalam bahasa Malaysia, membolehkan lebih ramai pengguna tempatan menyertainya.

Menurut LinkedIN, kini terdapat lebih daripada 135 juta pengguna menggunakan perkhidmatan mereka, yang membolehkan mereka daripada industri yang sama dan juga berlainan berhubung antara satu sama lain, disamping memperluaskan kenalan dalam industri dan juga berhubung dengan antara satu sama lain, sekaligus membolehkan masing-masing memperluaskan perniagaan mereka.

Ia juga dilaporkan LinkedIN mempunyai lebih daripada 700,000 pengguna di Malaysia, dimana tiga industri yang paling popular di LinkedIN dikalangan pengguna tempatan adalah industri IT, Minyak dan Gas dan juga industri pendidikan.

Terima kasih Marzuki.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd