Dell Malaysia hari ini telah pun melancarkan tablet mereka untuk para pengguna di pasaran mereka, sekaligus menjadi tablet kedua dilancarkan pada minggu ini yang menggunakan Windows 7 dan juga memfokuskan kepada pengguna perniagaan. Dell Latitude ST ini dijual di Malaysia pada harga RM2380.
Seperti tablet daripada HP, Dell Latitude ST juga menggunakan cip pemprosesan Intel Atom, membawakan skrin sentuh seluas 10.1-inci, memori sehingga 2GB DDR2, dan didatangkan dengan kamera terbina untuk panggilan video melalui Skype, serta pengguna diberikan pilihan samada ingin menggunakan Windows 7 Home Premium, Professional ataupun Ultimate.
Bagi anda yang berminat dengan Windows 7, mungkin anda boleh membuat pilihan samada ingin membeli tablet Dell Latitude ST ataupun HP Slate 2 yang dijual pada harga RM2299.